Friday, January 27, 2012

MARI SINGGAH KE 'SHAWL COLLECTION'




MATERIAL : satin
COLOR : gold
PRICE : RM25


MATERIAL : satin
COLOR : blue
PRICE : RM25


MATERIAL : satin
COLOR : meroon
PRICE : RM25


MATERIAL : satin
COLOR : gold mix / purple mix
PRICE : RM18

P/S : kepada sesiapa yang berminat untuk membeli shawl boleh singgah ke 'SHAWL COLLECTION' dan bila anda berminat anda boleh pm our detail seperti nama , alamat , no tel dan kod pilihan shawl anda . terima kasih kerana sudi kunjung ke ' SHAWL COLLECTION ' ♥♥♥

Sunday, January 22, 2012

MCD ;)

hari nie kami seperti biasa akan keluar ke STAR MALL di Mentakab then pasti akan singgah ke mcd .. macam dah tak boleh renggang dah dgn mcd nie tapi awas aku akan sentiasa pastikan makanan yang aku makan adalah tidak lebih dari 1000 kcal dalam sehari .. sebab azam tahun baru aku tahun nie kalau boleh nak stop makan makanan fast food nie contohnnya KFC , MCD , PIZZA HUT dan other .. pada pandangan aku makanan nie la yang akan membuatkan kita bertambah berat badan dan aku rasa korang pun tahu tentang itu dan tak perlu la nak diperjaskan dengan lebih lanjut .. hehehehe

actually aku bukan nak cerita pasal diet aku la dalam link nie tapi aku nak cerita kerenah aku dan adik aku 'EMY SYAHIRA' nie .. sekarang nie dia baru lepas habis spm so now dia dikehendaki berkhidmat untuk negara di PLKN di CHERATING KUANTAN .. so sekarangn nie nak bawak dy pergi makan-makan sebentar ;)

so mari kita ENJOY !!


nie salah satu pelanggan yang teringin dan mengidam nak makan prosperity burger







Friday, January 20, 2012

DEANNE BERRY





korang rasa korang kenal tak nie siapa ? nie lah dia DEANNE BERRY !! mula-mula memamg aku tak kenal pown siapa dia nie tapi ada satu hari tue aku pergi la bukak kat utube tentang exercise then aku ternamapk link exercise dia so aku apa lagi bukak la link dia !! fuuuh memamg terbaik la senaman dia tau walaupun penat tapi seronok .. so sekarang aku nak jadikan dia sebagai idola aku untuk cantik dan fit seperti dia .. siapa yang tak nak kan badan cantik macam dia nie .. dalam sehari aku akan habiskan masa selama 1jam untuk buat senaman dia nie iaitu di waktu petang dalam pukul 5.30 petang .

ok sekarang nie aku nak tunjukkan antara video exercise yang aku selalu buat .. kalau tak silap aku la kan dia ada 8 part tapi yang aku nak tunjuk nie part 4 dan dalam banyak-banyak part , part 4 nie la yang paling mencabar bagi aku !!



Friday, January 13, 2012

FIGHT !!

pada pandangan korang la kan gaduh dalam hubungan percintaan nie apa maksud dia eak ? adakah sebab cemburu ? benci ? atau saja-saja ? kadang-kadang sebab kecil pun nak bergaduh BETUL TAK ? hummm sama la macam aku .. aku nie bila orang nak melenting siket aku mula la rasa macam nak balas jea balik .. kadang-kadang aku gaduh teruk jugak dengan B aku nie lebih kurang macam gambar kat bawah nie ;)



bila dah gaduh then keluar semua benda yang aku nak cakap aku rasa puas .. tapi masalahnya B aku nie dia pown tak nak mengalah so kadang-kadang bila dah gaduh kami akan buat haluan masing-masing buat seketika .. lama jugak la kalo aku gaduh sampai dah mula rasa reda .. tapi pada aku la kan kalo kita gaduh nie elok jugak yea la ada la rasa pasang surut tapi bila dah rasa FUHHH macam tak nak dah .. SUMPAH tak nak gaduh-gaduh dah serik

p/s : B saya nak mintak maaf kalau ada buat awak terasa dengan saya saya tahu saya tak sempurna tapi 1 jea yang saya nak awak tahu saya sayang awak ketat-ketat tau B !! saya tak tau macam mana kalau saya tak ada awak .. awak dah janji dengan saya kan tak akan tinggalkan saya dan saya pown dah janji dengan awak .. so saya harap hubungan kita ini akan kekal sampai ke akhir hayat .. AMIN .. 1 ♥ U sayang !!

Saturday, January 7, 2012

RINDU DEKAT ADIK-ADIK (;



sekarang kan musim budak-budak masuk sekolah it same dengan aku punya adik beradik .. semua la dah pergi belajar and then duduk hostel sayu jea bila duk rumah bila tinggal kami berempat ABAH , MAMA , AKU dan ADIK .. bila aku ada dengan budak-budak nie asyik nak bergaduh jea tapi bila dyorang dah merantau sedih pulak yea la dah tak ada orang kat rumah .. kadang-kadang mama ada cakap ' kalau dulu ramai jea orang kat rumah nie tapi sekarang dah tak ada orang dah sunyi sepi .. bila anak-anak dah besar semua akan ikut haluan masing-masing .. bila dah tua nanti tingal mama dengan abah jea ' sedih jugak aku bila dengar mama cakap macam tue .. insyaallah mama dan abah kami akan berjaya dalam hidup dan tak akan lupakan mama dan abah (;

p/s : mama dan abah insyaallah nanti bila kak long dah berjaya kak long tak akan mempersia-siakan mama dan abah ♥♥

Thursday, January 5, 2012

NEW YEARS ;)



Ok guys sorry aku dah lama gila tak update blog nie .. aku nie mula-mula jea rajin tapi dah lama-lama aku jadi MALAS !! pada aku masih tak terlambat lagi kan nak wish 'HAPPY NEW YEAR' fuuuhh umur aku dah masuk 22 YEARS OLD macam tak percaya jea .. number tue asyik bertambah jea kalau kurang boleh tak ? OFFCOURSE la tak boleh kan apa boleh buat bila umur dah meningkat kita mesti berpikiran dengan lebih matang dan kita dapat kenal apa yang patut kita buat and everything .. DAN disammping ini jugak aku ingin mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana aku masih lagi diberikan nyawa untuk hidup di dunia ini disamping orang-orang yang aku sayangi ..

Wednesday, July 27, 2011

JALAN - JALAN

kalau dah jalan dengan kami semua orang akan tahu semua tempat kami nak pergi .. macam hari nie kami pergi dekat THE CURVE pusing - pusing kat dalam tue sampai naik penig dah jalan sana jalan sini .. kalau tak percaya cuba tengok gambar nie tau ;) actually dah lama dah aku nak masukkan gambar nie tapi tidak kesampaian dan sekarang la baru aku uploadkan .. hehehehe



haaaa nie pulak adalah masa kai IKEA ;) saj-saja melihat barang bilik yang mana boleh untuk dicari untuk bawa pulang tapi sayang masa pergi sana duit tak ada duit dah banyak habis waktu pergi pening hari tue tapi tak apa itu tetap seronok ..



something yang aku rasa teruja dan ingin aku miliki bolet tak ?? ada tak sesiapa nak belikan untuk aku bena ini walaupun ia nampak pelik ;) NAK NAK NAK 1 !!

HANYA UNTUK SEBENTAR SAHAJA ;)

sory la kawan aku dah lama tak berblogger ini kerana aku sibuk bekerja dan tak sempat langsung ingin menaip itu menaip ini .. aku hanya akan menaip bila aku ada kelapangan masa sahaja okie ;) tah la aku pown tak tau dah nak tulis apa .. tak ada idea dah .. hurrrmm bosan la hidup tak ada laptop nie .. ada laptop rosak .. ada banyak benda aku nak buat kat dalam laptop tue sekarang nie tah .. kena tunggu la sampai siap tapi nie pown tak tau samapai kapan laptop aku akan siap (; sedih

Friday, July 8, 2011

SEKALI LAGI ;)



lepas jea dapat result aku , ina dan k.nurul pown apa lagi g la jalan - jalan kat kuntan nie .. first destinasi kami pergi dekat ecm .. nak tau buat apa pergi sana ?? TENGOK WAYANG ;) niat pergi sana nak tengik cerita sekali lagi kat ecm tapi bayang kan la panjang gila kowt nak tunggu turn baik tengok kat tempat lain .. so kitaorang pown pergilah tengok kat teruntum .. ehhehe best gila la cerita nie bayangkan la aku sampai tak bercakap sangat la bila tengok cerita nie .. punya la fokus .. bayangkan aku boleh nangis bila tengok cerita nie .. sedih la bila tengok amran sakit sampai boleh jadi macam tue (; btw SEKALI LAGI nie memang BEST !!


Thursday, July 7, 2011

KENANGAN DI KUANTAN ;)

Pada pagi 6 Julai 2011 aku dan ina pergi ke kuantan untuk mengambil result sem 6 ... haaahaa gementar gila kitaorang waktu dalam perjalanan tue rasa macam nak tercabut jea nyawa nie .. kami tiba di kuantan pada pukul 12 tengahari dan diambil oleh cik aida fadiha .. terima kasih sayang sebab ambil kami tau .. muaaaahh3x .. waktu aida ambil kitaorang kat terminal tue aida dah ambik result dah keputusan aida baik dan semua lulus AMIN .. then kami pergi kat kolej untuk berjumpa dengan my sister k.nurul then ambik result sama -sama .. ehehhehe .. tapi leceh la waktu nak ambik result tue sebab kitaorag kena isi borang berhenti kolej la , ambik tandatangan tue nie la argggghhh leceh plak tapi tak apa untuk tamat belajar kat ikip aku sanggup .. then bila dah settle semua baru boleh ambik result .. hehehehe .. yes keputusan aku alhamdullilah baik begitu juga dengan ina dan k.nurul .. thniah buat kami sebab walaupun main - main tapi kami boleh buat yang terbaik .. bila dah settle semua kami teringin gila nak makan nasi ayam TAMAN GELORA dah lama tak makan kowt .. rindu ..


Thursday, June 30, 2011

AKTIVITI ;)



YES !! esok aku ina dan amirul akan ke kl untuk tonton TRANSFOMER ;) heeheh pelik nak tgk movies sampai ke kl .. tengok .. punya dah ada kerja kan aku dan ina nie .. tak apa ina demi mu aku sanggup lakukan apa sahaja .. muaaaahh3x .. tapi aku tak tau la la aku suka atau tidak movies nie sebab aku just follow transfomer 1 jea .. okie la apa - apa perkembangan kami nanti akan aku update dekat blog nie nanti ;) NITEZ PPL

Wednesday, June 29, 2011

BUSY !!




hishhh !! aku bosan betul la setiap kali aku call ko akan kata ' KEJAP ADA KERJA ' then call balik ko pown akan kata ' KEJAP ADA KERJA KANG CALL BALIK ' bila aku call ko untuk kali ketiga ko pown cakap ' KEJAP LA ADA KERJA XSIAP LAGI NIE ' ..!! aku bosan dah dengar ko cakap benda yang sama setiap kali aku call .. bila aku call ko , aku ingat nak la cerita la apa aku buat , aku pergi mana tapi ko buat macam tak kisah jea so aku malas la nak cerita .. ko faham - faham sendiri la dan ko jangan nak marah kat aku kalo kalo tiba - tiba aku keluar ko dengar suara lelaki dan ko nak kata kat aku macam - macam .. OKIE ?? aku rasa kalau aku dah tak ada baru ko cari aku kot ;) tah lantak la malas la nak pikir bila difikir fikirkan rasa macam membazir masa jea ak ingat kat ko tapi ko sibuk dengan kerja dan kerjaya ko .. aku benci kat ko sebab ko tak pernah wish good morning and good night kalo sekalipun ko bz !!

Monday, June 27, 2011


hish aku tak suka betul la kalo dah kene selesema nie (; semua nak buat serba tak kena jea .. mulanya aku sakit tekak jea lepas balik dari pulau pinang hari tue akibat makan jeruk buah pala tapi start daripada malam semalam aku asyik bersin-bersin jea .. style aku nie kalo dah bersin banyak kali tandanya nanti aku kene selesema .. OMG kan dah betul aku sudah dijangkiti dengan selesema (; tolonglah faham kalo selesema nie sehelai kain mesti ade dekat tangan kalo tidak habis la dan aku merasakan sungguh rimas ;D

MOOD :

laptop rosak (;


sedihnya laptop aku rosak .. sayang sorry tau nanti bila dah elok saya ambik awak balik tau .. jangan nakal-nakal tau saya sayang awak .. awak dah banyak berjasa dekat saya walaupun awak banyak buat hal .. mula-mula aku ingat rosak dekat bahagian dekstop je tapi bila aku off laptop then nak on balik habis rosak langsung ini gara-gara masuk pendrive ina .. kalo ina terbaca blog ika nie sorry tau ika xmarah ina tau .. it's ok benda dah nak jadi .. so pada korang semua kalo hendak mencucuk sebarang pendrive di dalam laptop sila pastikan anda scan dulu sdan pastikan anti-virus anda active ;) pasanan daripada pihak atasan ;) gheee

Saturday, June 25, 2011

MENANGIS (;

pelik manusia zaman sekarang kan ?? perkara kecil jea nak MENANGIS .. Perkara yang membolehkan orang itu membuat aku menangis adalah orang yang aku sayang tiba-tiba tengking aku , buat muka , marah tanpa mengetahui perkara sebenar dan macam-macam .. sapa yang tak terasa beb kalo orang buat kita macam tue korang pown boleh pikir sendirikan .. buat masa sekarang nie aku malas la nak pikir pasal lelaki nie sebab MENYERABUT KEPALA OTAK jea !! (tapi bila dah ada mungkin jadi sebaliknya) yea la sapa tahu kan jodoh masing-masing .. mana tidaknya kalau couple jea ini tak boleh , itu tak boleh , kawan nie xboleh , kawan tue xboleh , so ape yang boleh ?? cuba bagitau ?? tension kan kalo macam nie (; aku pown nak juga merasa gembira dan bebas dan bukan TERKONGKONG !!



hidup , hidup , hidup ;D mesti terusan hidup !!

okie , aku sekarang tengah taip dengan mood yang tengah jelas dan membengangkan ;D

sapa kisah ??

kalau aku taip :~


curang
curang
curang
curang
curang !

yeess ! i like curang ;D

Friday, June 24, 2011

JOGGING ;)



Nak bagitau dekat korang hari nie first time aku teman mama pergi jogging..sebelum-sebelun nie bila mama ajak aku akan kata 'MALAS LA MAMA' tapi kali ini tidak..thank you mama;)

Thursday, June 23, 2011

AMARAN (;

1) Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tak pedulikan aku

2) Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tak benar OKIE!!

3) Jangan kau sentuh hidup aku bila kau hanya berniat main2

4) Jangan menatap ke dalam mata bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan

5) Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat aku jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung “UNTUK MENERIMA AKU” saat aku terjatuh

Wednesday, June 22, 2011

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT ;)



Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Saling menyukai di antara satu sama lain. Sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata 'AKU CINTA PADAMU’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Tuesday, June 14, 2011

;)

UNGU - PERCAYA PADAKU

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

SAMARINDA ANNISSA ;)



Konflik yang berlaku dalam persahabatan empat wanita yang pada asalnya berlandaskan kepercayaan . Rapat sejak di kolej lagi, mereka berganding bahu dan bersatu tenaga membina sebuah empayar peniagaan iaitu Annissa Corporation Sdh Bhd, Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Farahdhiya) berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain .

TAJUK : ANNISSA
SIARAN : (tv3) atau www.tonton.com.my
HARI SIARAN : Selasa , Rabu , Khamis
WAKTU SIARAN : 10.30 mlm - 11.00 mlm