Sunday, May 1, 2011

RENUNGAN MEMUJUK HATI



Mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya nnt menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Kita tidak tahu apa yang telah kita ada sehinggalah kita kehilangannya. Kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang. Kita cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang , satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ia palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.